i’ve received an email from my fren this morning.
it’s so interesting for me..
btol ape yg ditulis tuh..
10 petanda jodoh kita.
Gunakan seluruh pancaindera kita
Jodoh
adalah perkara yg sudah ditetapkan oleh Tuhan yg maha Esa.tetapi
bagaimana kita hendak mengetahui dia mmg ditakdirkan utk kita? Tuhan
mengurniakan manusia telinga utk mendengar, mata utk melihat dan akal
utk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia
cinta yg ditakdirkan. Dua manusia yg rasa mereka dapat hidup bersama
dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan
fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasakan
kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak
hati mengatakan, dialah insan yg ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia
seperti yg diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yg menunjukkan dia
adalah jodoh kita.
1) Bersahaja
Kekasih
kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara
dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan
minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.
Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi,
apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah
calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2) Senang Bersama
Walaupun
kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu,
ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya.
Kita juga sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan
kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila
berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.
Tidak kira siang atau malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3) Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yg
pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu
perpisahan dgn bekas kekasihnya sebelum ini kita yg mulakan. Dia juga
tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita
sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih
sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah
miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu
menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4) Sentiasa jujur
Dia
tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam
agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan
perkara yang boleh dilakonkan. Kita dpt mengesyaki sesuatu apabila dia
menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta dihatinya, kebahagiaan menjadi
milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting
bagi sesuatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak
daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat
lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yg disulami dgn kesetiaan
membuahkan percintaan yg sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5) Percaya-mempercayai
Setiap
orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi
supaya dapat mengurangkan beban yg ditanggung. Apabila kita mempunyai
rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di
tangannya? Bagi mereka yg berjodoh, sifat saling mempercayai antara
satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa
selamat apabila mereka memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnye
berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apapun
kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah
melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh
kedua-duanya.
6) Senang bekerjasama
Bagi kita yang inginkan
hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita
dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih
perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh
ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi
membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling
penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya
bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa
memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting
kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada
kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana kita yang
memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7) Memahami diri kita.
Bagi
pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa
kita sakit, dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi
penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di
kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama
kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun
berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami
pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan
tergigit inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi
pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini
di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang
sesuai menjadi pasangan hidup kita.
Tampilkan kelemahan
Tiada
siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia
insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita
memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia
menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia
kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang
untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah,
dai tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila
dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dai tidak
menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling
menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang kita
ditakdirkan hidup bersamanya.
9) Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala,
manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan
memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat
saling mengetahui perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat
membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan
tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan
hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?
Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada
ketentuan yang maha berkuasa.
10) Mimpi
Jodoh
dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di
pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya,
dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang
Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-ALLAH
dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita,
buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik.
Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup
di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di
akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
Madah Cinta
*Manusia merancang, Allah menentukan
*Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka. - Al-Quran
sekian, terima kasih. =)