Archive for June, 2007

27
Jun

20 tahun kemudian…

dear all..

selamat hari lahir buat diri sendiri..
alhamdulillah..genap dah umur 20 thn..da masuk angka puluhan da..
wah, sgt cepat masa berlalu…

terima kasih kat piranha sekalian atas sambutan yg dibuat, walaupon planning sumenya dibuat depan aku sndri..hehe..cuma plg suprise ialah aku dpt birthday present dari korg..tak expect lgsg piranha akan bg hadiah..kalau aku, cukup la ngan cheese cake yg hunny buatkan (cake tuh pon buat dpn aku jugak…) and also wishes yg diterima, dan juga makan2 kt luar tu ngan kawan2 yg lain..sempoi dan best! hehe..thanks a lot korg sume..sayang korang..muah muah..

terima kasih jugak kpd kawan2 yg wish utk birthday aku..korang pnya wish tu sgt2 dihargai..terima kasih byk2..
sebenarnya mcm byk yg nk dicakapkan..tp tetba plak jd blurr dan hilang idea..mungkin akan bersambung lain kali…

terima kasih byk2 rakan2 sekalian…

22
Jun

kehilangan

semalam, iaitu 21 jun 2007,
seorg pelajar malaysia telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Wanaka.
sekali lagi kesedihan melanda kerana kehilangan seorang lagi rakan pada usia yg muda.
mati itu pasti, cuma masa sahaja tidak di ketahui.
takziah buat keluarga mendiang Veronica Tan May Lee.
tabahlah utk hadapi hari-hari seterusnya.

21
Jun

tagged

assalamualaikum semua..

aku sebenarnya telah di’tagged‘ oleh wawa beberapa minggu yg lalu..(minggu ke?) tak kesah la, janji da agak lma la jugak wawa tagged aku..disebabkan oleh exam, aku buat keputusan utk tangguh dlu buat sementara waktu sbb study utk exam tu lebih penting, walaupun tak byk sgt usaha yg aku da buat..walau apapun, aku dah usaha sekadar termampu, hanya Allah yg dpat bantu aku lpas nih..

Rules & Regulations
Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them a comment letting them know you tagged them and to read their blog.

btw, i prefet to write my 6 weird things in BAHASA MELAYU, as im not really good in english..hehehehehe…

KEPELIKAN 1

Aku sgt sukar utk membuat keputusan. aku lebih suka ikut apa yg org ckp daripada aku buat keputusan sendiri. sekiranya aku tidak begitu bersetuju dgn rakan2 atau sesiapa shj yg berkaitan, barulah aku akan bersuara. jika tidak aku lebih cenderung utk menurut sahaja apa yg dikatakan atau keputusan yg dibuat. mungkin kerana ’sukar membuat keputusan’ adalah menjadi salah satu sbb aku ni tidak dianggap cerewet. aku sedar ‘kepelikan’ ini kadang2 boleh memberi kesan kepada diri sendiri, contohnya buat keputusan utk masa depan sendiri, juga aku lebih suka abah atau ummi sahaja yg ‘tolong’ aku buat keputusan, tapi itulah hakikatnya. sgt sukar utk membuat keputusan dan agak sukar juga utk ‘membaiki’ sikap ini.

KEPELIKAN 2

Aku tidak suka belajar di meja belajar yg disediakan. kepelikan ini bermula semasa di KDU (kalau tidak silap aku). semasa di KDU, aku lebih suka belajar atas katil, dan banyak menghabiskan waktu belajar (dan waktu tidur juga) atas katil. buku2 sekolah atau buku2 ulangkaji, semua aku letakkan atas katil. dan buat masa sekarang, dalam bilik aku di rumah keluarga piranha yg beralamat 782 Great King St, aku lebih suka belajar dgn hanya duduk di lantai (yg di alas dgn ‘carpet’ nipis) bersebelahan dgn katil dan bertemankan lappie dan heater di sisi. salah satu sebab aku tidak suka belajar di meja belajar kerana pencahayaan yg tidak memuaskan dan tidak suka duduk di kerusi dalam waktu yg lama.

KEPELIKAN 3

Aku boleh makan makanan yg sama sahaja dlm tempoh yg lama tanpa rasa jemu. contohnya aku boleh makan ‘cereal’ yg sama dgn susu yg sama dalam tempoh beberapa bulan (dan setakat ini sudah 3 bulan aku makan cereal yg sama dgn susu yg sama). selain cereal, aku juga boleh makan nasi dgn berlaukkan sama juga dalam tempoh yg lama. ini kerana, aku tidak yakin utk membeli makanan baru kerana takut tidak sesuai dgn selera aku. aku tidak akan bosan sehinggalah keinginan utk mencuba makanan lain datang gn sendirinya. (hairan..kalau dgn lelaki, cepat je aku jd bosan! tp itu dlu mungkin, sekarang tidak lagi..kot?) hahaha

KEPELIKAN 4

Aku sebenarnya tidak mudah terasa dgn org sekeliling, tetapi apabila berhadapan dgn mereka yg disayangi dan yg menjadi kesayangan, aku lebih sensitif dan cepat juga tersinggung. (dan aku juga rasa ramai yg mempunyai sikap sebegini). apabila berhadapan dgn rakan2 atau org luar, aku menjadi seorang yg boleh dikatakan ‘hati kering’ (mungkin tdk sesuai digunakan utk aku, tp perkataan itu sahaja yg terlintas di fikiran sekarang). sekiranya aku terasa, aku cepat utk ’sejuk’. aku tidak suka memanjangkan sesuatu perkara. senang cerita, emosi aku cpt berubah. sekiranya pagi aku marah atau berdiam diri, pada waktu tengah hari, aku boleh menjadi seorang yg sgt byk bercakap seperti tiada apa2 yg berlaku pada waktu pagi.

KEPELIKAN 5

Ramai yg mengatakan aku seorang yg garang dan sombong berdasarkan nilaian yg dibuat dgn hanya melihat rupa, wajah, atau muka aku tanpa mengenali diri aku yg sebenarnya. dan mereka yg sudah mengenali aku pula, (tetapi belum memahami aku) sekiranya aku diam, ramai yg menegur aku bertanyakan bahawa adakah aku dlm keadaan baik, atau berada dlm ‘mood’ yg tidak baik? kadang2 hal ini menyusahkan aku sendiri kerana penat utk menerangkan kepada mereka bahawa aku sebenarnya ok.

KEPELIKAN 6

Aku tidak begitu suka sekiranya ada yg begitu mengambil berat tentang aku. sikap ini sudah ada dalam diri aku sejak….kecil lagi barangkali. aku sgt tidak gemar apabila sesetgh org sgt2 mengambil berat tentang aku. dgn kata lain, aku akan merasakan bhw seseorg itu hanya ‘busybody’ sedangkan niat seseorg itu adalah murni. (teruk juga perangai ni). sekiranya ada yg bertanya adakah aku ‘ok’ atau ‘tidak ok’, dan aku menjawab aku ‘ok’, aku sgt mengharapkan seseorg itu berhenti bertanya kerana apabila seseorg itu terus bertanya, ini hanya menyebabkan aku cepat menjadi tidak suka atau bahasa kasarnya ‘menyampah’. dan hal ini juga di aplikasikan ketika ada org bertanya tentang sesuatu yg aku lebih suka rahsiakan.
mungkin kerana sikap aku ini, aku juga tidak gemar bertanya rakan2 tentang hal mereka, sekiranya mereka tidak mahu bercerita sehingga mereka sendiri mahu bercerita. (wah, terukkah sikap ini?)

Tamat kisah kepelikan.

aku tidak kisah apa pun pandangan org tentang kepelikan yg ada dalam diri aku asalkan aku bahagia. tetapi aku menerima dgn hati dan fikiran yg terbuka sekiranya ada yg menegur aku kerana tidak suka dgn sikap aku ini.

sebenarnya aku tak ramai kawan yg ada blog dan selalu tulis blog. aku mahu tag kepada 6 org rakan yg mempunyai blog dan mungkin agak aktif memulis blog. mereka ialah:

1. ayunni (ya, kamu MESTI tulis! hehe)
2. yorke (boleh ke kamu tulis? sekiranya tidak mahu, terpulang)
3. in0uie (kamu, tulis laa..boley? hahaha)
4. azuan (kalau rajin, tulis la…ok?)
5. huda (kalau kamu rajin, tulis la..)
6. tiya (kalau kelapangan, dan rasa rajin, boley la tulis)

buat kawan2 yg aku tag tuh, tidak semestinya kena tulis, cuma, kalau rajin dan ada kelapangan, boley la tulis..ye..tiada paksaan dalam semua perkara..

wallahu a’lam…

19
Jun

comeback

dear all..
this is my first post afta  quite long silence..(lma ke?..rasenya mcm lma) haha

ape nk buat sepanjang winter break nih..? sgt buhsan..but kitorg da buat mcm2 bende..marathon movie setiap hari..pegi gym (semangat gila), kuar jln2 g tgk movie..makan, tdo, minum air, mandi, semayang and bla bla bla..
mcm tuh la aktiviti yg dilakukan setiap hari..

aku tadek cerita best pon nk tulis kat cni..cuma nk cerita sikit ape yg da kitorg buat..sepanjang beberapa hari cuti ni..

memula lps abih exm tuh, g town kejap, kononnye aku nk beli glove..kebetulan pulak cik hunny nk g pharmacy..dia nk bli satu brg yg dirahsiakan identitinya..muahaha..so,lps abih last paper, kitorg pon g la town kejap..pusing2..jmpa la glove..tp x byk pilihan, dan sgt tiak berkenan, aku membatalkan hasrat utk bli glove..mungkin nx time je la..oleh sbb perut kami yg mula kelaparan..ooppss..lupa nk btau, sheera pon ikut  kitorg jgak..ok,sambung..then, kitorg amik keputusan nk g mkn kat lemon grass, memandangkan tuh adalah kali pertama kami menjejakkan kaki di lemon grass..haha..so, dgn perasaan penuh tamaknya, kitorg amik bermacam2 jenis makanan sbb kt ctu kita bayar harga 1 pinggan..small plate is about $7.50..so,ape lagi..kitorg pon amik la banyak2..nampak mcm semua menyelerakan..tp ade jugak rupa2nya yg x best..disbbkan rezeki n tekak aku yg x memilih, aku bantai je semua makanan tu..haha..and seperti biasalah, aku lah yg memula abih makan..(kate pon piranha yg kuat makan!) si hunny n sheer termengah2 nk abihkan makanan, at last x abih jugak..kang muntah kt ctu, x pasal2 semua kedai tutup..hahahhaa…
ok, pastu kitorg singgah umah kakak2 george st kejap..tolong k’sem buat karipap utk mjlis tilawah ptg nnti..then, g tilawah..pastu blk tdo..esok plak aktiviti seterusnya….abih part 1…

hurm, bermula 2 hari lps, kitorg satu keluarga piranha merajinkan diri pegi gym kt unipol..hari 1st, aku mcm malas2..buat sket2 je..sekadar try2 je..mcm tu la..hari tu sgt sejuk! aku da la tadek glove, mmg rasa nk meletup je jari jemari aku..kaki pon kebas..pdhal da ada dlm tempat tu..sepatutnye x sejuk..tp tatau la..mmg sgt sejuk! so, aku main2 pon x peluh sgt..tgk heart rate pon x naik2..masalah tol..tp takpe, aku berazam hari esoknya aku nk bermain ngan penuh semangatnye..

2nd day kitorg g..memula aku janji ngan farah nk men reket..sbb tu la pagi tu sgt semangat nk g gym..bley men reket! lma da tak men reket..haha..lps tu g warm up kejap..bg panas badan dlu b4 start men reket..pastu hunny ngan rahmah join kitorg men reket..g pinjam reket badminton, pastu tadek shuttle cock..kena aa beli, kalau x, mmg kempunan la kitorg nak men reket! tau tak, harga 1 shuttle cock cikai yg plastik pnya tuh 1 je $5..mmg siyal gile! kalo kt malaysia 50 sen pon boley dpt..tapo nk buat mcm mna, da kitorg tadek, bli la jugak! then men reket dat day, sgt la enjoy..oleh sbb kami nih buta peraturan men badminton, kami cipta peraturan sndri iaitu, shuttle cock sape yg jatuh, mata diberikan kepada pihak lawan..haha..sgt kelaka..masa tu bdan mula peluh2 n penat, sbb byk sgt gelak..mmg men gaya budak2..da la bising satu bangunan ngan suara kitorg menjerit2..akhirnya kemenangan berpihak kepada pasuka intec iaitu farah dan rahmah..

kemudian da abih men reket, g pinjam bola, kitorg smbg men ‘basnetball’ iaitu campuran basketball dan netball..maka lahirlah nama ‘basnetball’..masih lagi kekal dgn pasukan reket..iaitu KDU menentang Intec..men basnetball nih pon penat jugak sbb kena berebut bola, dan byk jugak gelak..seperti biasa, kami meletakkan peraturan sendiri kerana yg men pon 4 orang shja..jd suka hati kami lah nk men mcm mna pon..kali nih kemenangan berpihak kpd pasukan KDU..hehe..sbbkan aku ada kelebihan iaitu aku tggi berbanding mereka, jd, sgt senang utk aku menjaringkan bola! hahaha..takpe2..nx time kita men basnetball lagi ye piranha2 ku sayang..sgt enjoy main2 ngan korg…

semalam, kitorg bertiga iaitu aku, rahmah dan hunny g menonton wayang..farah tak ikut..mungkin farah tak begitu berminat dan dia pula bukanlah kaki wayang mcm kami bertiga, jd dia tak ikut..da lama aku bersabar nk tgk citer pirates of carribean 3 nih..org len mungkin da lma tgk, tp disbbkan sebelum nih sbuk dgn exam, so kitorg pon ‘berpuasa’ dari keluar jln2 n menonton wayang..(oh, baru 2 kali g tgk movie kt cni) haha..sgt enjoy tgk citer nih..ada sesetgh org yg ckp citer kali nih x best sgt, bg aku tetap best..sbb aku sgt suka cerita ini, dan aku pula peminat jack sparrow a.k.a johny depp, mmg aku sgt suka cerita nih..hehehe..lps jugak rindu kt jack sparrow..hahahahahahaha…

lps tuh abih citer, balik, semayang isya’ aku smbung tgk cerita Ice Princess, then terus tido..pg nih bgn lewat..padan muka..
apekah yg aku akan lakukan pada hri ini? mungkin sambung tgk citer pulak..ok..nnt aku smbg lagi..
jmpa lagi..
wassalam

p/s: kpd wawa, nnti bla da ada idea, aku tulis lgi memandangkan ko pon da tagged aku..hehe..sabar ye sayang! daaaa..