21
Jun
07

tagged

assalamualaikum semua..

aku sebenarnya telah di’tagged‘ oleh wawa beberapa minggu yg lalu..(minggu ke?) tak kesah la, janji da agak lma la jugak wawa tagged aku..disebabkan oleh exam, aku buat keputusan utk tangguh dlu buat sementara waktu sbb study utk exam tu lebih penting, walaupun tak byk sgt usaha yg aku da buat..walau apapun, aku dah usaha sekadar termampu, hanya Allah yg dpat bantu aku lpas nih..

Rules & Regulations
Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them a comment letting them know you tagged them and to read their blog.

btw, i prefet to write my 6 weird things in BAHASA MELAYU, as im not really good in english..hehehehehe…

KEPELIKAN 1

Aku sgt sukar utk membuat keputusan. aku lebih suka ikut apa yg org ckp daripada aku buat keputusan sendiri. sekiranya aku tidak begitu bersetuju dgn rakan2 atau sesiapa shj yg berkaitan, barulah aku akan bersuara. jika tidak aku lebih cenderung utk menurut sahaja apa yg dikatakan atau keputusan yg dibuat. mungkin kerana ’sukar membuat keputusan’ adalah menjadi salah satu sbb aku ni tidak dianggap cerewet. aku sedar ‘kepelikan’ ini kadang2 boleh memberi kesan kepada diri sendiri, contohnya buat keputusan utk masa depan sendiri, juga aku lebih suka abah atau ummi sahaja yg ‘tolong’ aku buat keputusan, tapi itulah hakikatnya. sgt sukar utk membuat keputusan dan agak sukar juga utk ‘membaiki’ sikap ini.

KEPELIKAN 2

Aku tidak suka belajar di meja belajar yg disediakan. kepelikan ini bermula semasa di KDU (kalau tidak silap aku). semasa di KDU, aku lebih suka belajar atas katil, dan banyak menghabiskan waktu belajar (dan waktu tidur juga) atas katil. buku2 sekolah atau buku2 ulangkaji, semua aku letakkan atas katil. dan buat masa sekarang, dalam bilik aku di rumah keluarga piranha yg beralamat 782 Great King St, aku lebih suka belajar dgn hanya duduk di lantai (yg di alas dgn ‘carpet’ nipis) bersebelahan dgn katil dan bertemankan lappie dan heater di sisi. salah satu sebab aku tidak suka belajar di meja belajar kerana pencahayaan yg tidak memuaskan dan tidak suka duduk di kerusi dalam waktu yg lama.

KEPELIKAN 3

Aku boleh makan makanan yg sama sahaja dlm tempoh yg lama tanpa rasa jemu. contohnya aku boleh makan ‘cereal’ yg sama dgn susu yg sama dalam tempoh beberapa bulan (dan setakat ini sudah 3 bulan aku makan cereal yg sama dgn susu yg sama). selain cereal, aku juga boleh makan nasi dgn berlaukkan sama juga dalam tempoh yg lama. ini kerana, aku tidak yakin utk membeli makanan baru kerana takut tidak sesuai dgn selera aku. aku tidak akan bosan sehinggalah keinginan utk mencuba makanan lain datang gn sendirinya. (hairan..kalau dgn lelaki, cepat je aku jd bosan! tp itu dlu mungkin, sekarang tidak lagi..kot?) hahaha

KEPELIKAN 4

Aku sebenarnya tidak mudah terasa dgn org sekeliling, tetapi apabila berhadapan dgn mereka yg disayangi dan yg menjadi kesayangan, aku lebih sensitif dan cepat juga tersinggung. (dan aku juga rasa ramai yg mempunyai sikap sebegini). apabila berhadapan dgn rakan2 atau org luar, aku menjadi seorang yg boleh dikatakan ‘hati kering’ (mungkin tdk sesuai digunakan utk aku, tp perkataan itu sahaja yg terlintas di fikiran sekarang). sekiranya aku terasa, aku cepat utk ’sejuk’. aku tidak suka memanjangkan sesuatu perkara. senang cerita, emosi aku cpt berubah. sekiranya pagi aku marah atau berdiam diri, pada waktu tengah hari, aku boleh menjadi seorang yg sgt byk bercakap seperti tiada apa2 yg berlaku pada waktu pagi.

KEPELIKAN 5

Ramai yg mengatakan aku seorang yg garang dan sombong berdasarkan nilaian yg dibuat dgn hanya melihat rupa, wajah, atau muka aku tanpa mengenali diri aku yg sebenarnya. dan mereka yg sudah mengenali aku pula, (tetapi belum memahami aku) sekiranya aku diam, ramai yg menegur aku bertanyakan bahawa adakah aku dlm keadaan baik, atau berada dlm ‘mood’ yg tidak baik? kadang2 hal ini menyusahkan aku sendiri kerana penat utk menerangkan kepada mereka bahawa aku sebenarnya ok.

KEPELIKAN 6

Aku tidak begitu suka sekiranya ada yg begitu mengambil berat tentang aku. sikap ini sudah ada dalam diri aku sejak….kecil lagi barangkali. aku sgt tidak gemar apabila sesetgh org sgt2 mengambil berat tentang aku. dgn kata lain, aku akan merasakan bhw seseorg itu hanya ‘busybody’ sedangkan niat seseorg itu adalah murni. (teruk juga perangai ni). sekiranya ada yg bertanya adakah aku ‘ok’ atau ‘tidak ok’, dan aku menjawab aku ‘ok’, aku sgt mengharapkan seseorg itu berhenti bertanya kerana apabila seseorg itu terus bertanya, ini hanya menyebabkan aku cepat menjadi tidak suka atau bahasa kasarnya ‘menyampah’. dan hal ini juga di aplikasikan ketika ada org bertanya tentang sesuatu yg aku lebih suka rahsiakan.
mungkin kerana sikap aku ini, aku juga tidak gemar bertanya rakan2 tentang hal mereka, sekiranya mereka tidak mahu bercerita sehingga mereka sendiri mahu bercerita. (wah, terukkah sikap ini?)

Tamat kisah kepelikan.

aku tidak kisah apa pun pandangan org tentang kepelikan yg ada dalam diri aku asalkan aku bahagia. tetapi aku menerima dgn hati dan fikiran yg terbuka sekiranya ada yg menegur aku kerana tidak suka dgn sikap aku ini.

sebenarnya aku tak ramai kawan yg ada blog dan selalu tulis blog. aku mahu tag kepada 6 org rakan yg mempunyai blog dan mungkin agak aktif memulis blog. mereka ialah:

1. ayunni (ya, kamu MESTI tulis! hehe)
2. yorke (boleh ke kamu tulis? sekiranya tidak mahu, terpulang)
3. in0uie (kamu, tulis laa..boley? hahaha)
4. azuan (kalau rajin, tulis la…ok?)
5. huda (kalau kamu rajin, tulis la..)
6. tiya (kalau kelapangan, dan rasa rajin, boley la tulis)

buat kawan2 yg aku tag tuh, tidak semestinya kena tulis, cuma, kalau rajin dan ada kelapangan, boley la tulis..ye..tiada paksaan dalam semua perkara..

wallahu a’lam…




6 Responses to “tagged”


  1. 1    i'M yORkE June 21, 2007 at 9:30 pm

    klasifikasi yg salah ar ko bg kt ak tu..mne ad ak rajin tulis blog..xcaye tnye mak ak..ummi ko ke..haha..

  2. 2    'buBbLe-gUm' June 22, 2007 at 12:15 am

    en.yorke..sila baca pernyataan aku tuh dgn betul..
    kan aku ckp, MUNGKIN agak aktif menulis blog…

  3. 3    - -ayunni- - June 23, 2007 at 4:38 pm

    err…amma..penulisan ak berenti kjap,ngahaha~tp xpe,nnt aku tulis,wait n see,kuang2

  4. 4    i'M yORkE June 25, 2007 at 10:22 am

    +baek..~
    +daku pasrah..~
    +harharhar..~

  5. 5    alifmimnunha July 3, 2007 at 2:18 am

    haha..
    kepelikkan kamu itu sume tidak pelik. bak kata amnah, kamu memang pelik. amnah yang kata, bukan saya.

  6. 6    'buBbLe-gUm' July 20, 2007 at 4:44 am

    ek? ala, amna ni..kem slm ek ngan amna..aku rasa mcm da pelik..sorry2..len x tulis yg btol2 pelik..ngahahaha

Leave a Reply