Archive for July, 2007

29
Jul

hujan yg turun….

hari ni hujan lebat la jugak..
tak silap aku, hari ni pertama kali aku rasa hujan selebat ni dan terkena pada waktu aku ada class..
wah, sgt susah! dgn ketiadaan payung dan hanya ‘berbungkus’ jaket belon yg berwarna putih itu, aku redah juga hujan utk ke kelas..
tahap kesejukan mmg melampau! ternyata baju sejuk itu tak mampu utk menahan diri dari kesejukan..dan hanya berjaya melindungi badan sebelah atas je daripada basah..
yg bahagian kaki, mmg basah ‘rentung’..(bkn setakat lencun! rentung ag!!) huhu..
kasut dickies yg dipakai pula mmg sudah dipenuhi air! kakiku sgt kebas kerana air yg bertakung sgt sejuk! (sama je mcm kena air kt umah disebabkan masalah kehabisan air panas..sgt seksa~)
sejuknya tidak terkata.. menggigil semasa dalam lecture hall..
dalam hati berkira-kira.."tidak mengapa, hujan rahmat!"

lepas habis lecture biochemistry, terpaksa pula meredah hujan yg semakin lebat utk ke burns theatre, utk lecture math yg seterusnya pulak..kali ni, selaur jeans yg dipakai sudah basah tahap maksimum! berat dgn takungan air!
isk! isk! redha je la..

selepas satu jam berada dlm lecture hall tu (belajar smbil menahan kesejukan!) kitorg terpaksa pulak bergegas utk berjumpa dgn landlord baru utk meng’usha’ rumah baru..redah hujan lagi! setiap kali pon aku rasa hujan bertambah lebat! aku tidak kisahkan kaki atau badan yg basah, yg aku risaukan buku2 dan nota yg ada dalam beg sekolah tu..takut basah, rosak lah buku dan nota2 aku..

selepas sume sudah setel, terus berlari pulang ke rumah..selepas selesai sembahyang dan makan, bukak beg sekolah…dan…………….. ternyata buku dan nota serta beberapa dokumen penting dalam beg sekolah aku basah! waaaaaaaa~ buku algebra aku juga rosak kerana terkena air hujan! isk isk isk…sedihnye~~~
habis rosak buku aku..ada kertas yg terkoyak juga disebabkan kena air hujan tu..
pelik juga sbb bahagian dalam beg itu kan sudah beralas dgn plastik yg kalis air..
huhu..mungkin sbb hujan tu lebat, jdi, air berjaya juga meresap ke dlm beg sekolah aku..dan telah berjaya merosakkan buku2 aku…isk isk isk~ sedeynye~~
terpaksa la keringkan dpn heater..tp sume buku dan nota da jd cacat! tidak kembali ke bentuk asal da..sabar je laaaaaaa~

pengajarannya, lain kali kalau hujan lebat, bungkus sume buku ngan plastik new world!! supaya tak basah! (kenapa plastik new world? sbb plastik tu je yg byk kt umah ni!) isk isk..sob sob sob…*muram sahaja…

20
Jul

:: 21 Qualities needed ::

Assalamualaikum semua..

alhamdulillah, hidup lg aku sampai hari ni..syukur kpd Allah atas kurniaan nikmat yg diberi.. (ceh, tetba mcm alim plak..haha..) tp tak salah kan kalau ingat pada Allah dan syukur atas kurniaan nikmat drpd-Nya..

rasanya mcm da lama sgt tak sentuh blog nih, sgt lama tak meng’update’ blog ini..sbb utamanya, tiada cerita yg menarik utk dikongsi..tp rasanya, setiap hari pon menarik..(wahaha, tak ley blah! pdhal setiap hari rutin yg sama!)…err, panjang plak mukaddimah nyer…

erk, sebenarnya, td saudari mimiko ada message aku ckp yg dia telah tagged aku kt dia nyer blog, dan sebagai pemenang bertuah, aku pon tlh dipilih! hahaha..begitulah nampaknya..

al-kisahnya begini,

"These are 21 things that I want in a lover
Not necessarily needs but qualities that I prefer
I figure I can describe it since I have a choice in the matter
These are 21 things I choose to choose in a lover"

itulah sebahagian lirik lagu 21 Things I Want In a Lover by Alanis Morrissette
21 ciri yg dikehendaki in a lover..here we goes

(1) Seorang Islam yg beriman (mcm mimiko pnya jugak)..
(2) Punya pegangan agama yg kukuh dan luas juga supaya dpt bimbing aku esok2..
(3) Hormat dan sayangkan keluarga dia sendiri..
(4) Hormat dan sayangkan keluarga aku..
(5) Mempunyai fikiran yang matang..
(6) Mementingkan keluarga drpd hal-hal lain..
(7) Obviously kena la tinggi drpd aku sbb aku seorg yg tinggi..
(8) Bekerjaya tetap, means berpendapatan tetap la..(bkn mata duitan, tp bukankah hidup sekarang byk perlukan duit…)
(9) Seorang yg kelakar dan peramah..serta baik hati..dan hormatkan org lain..
(10) Mempunyai paras rupa yg sedap mata memandang kata org..(sbb nnti hari2 nak mengadap muka yg sama..haha)
(11) Gentleman.. (ade ke pompuan yg tak suka laki yg gentleman?) hahaha
(12) Penyabar, perlu mempunyai tahap kesabaran yg tinggi..maksudnya juga, bkn seorang yg pemarah la..oh, dan penyayang.. (sgt penting ni!)
(13) Tidak kedekut ( hurm..penting jugak yg ni pon..)
(14) Seorang yg rajin buat keja rumah jugak..pndai masak pon ok! haha..
(15) Berani dan tegas dlm sume hal..tegas dgn aku jugak..(tp tanak yg cpt marah2 sbb aku takot kalau org marah!)..haha
(16) Honest and loyal..(nih pon penting jugak..sgt penting jgk)
(17) Berpengetahuan luas..dan berfikiran terbuka, tp masih menitik beratkan hal-hal yg sensitif..cthnya spt hal2 bekaitan agama dan lain2 yg pntg laa..
(18) Seorg yg bersederhana dlm semua hal..
(19) Sayangkan aku, menghargai aku dan menghormati aku..
(20) Tidak terlalu mengongkong hidup aku..
(21) Berdisiplin tinggi..bcoz lelaki kan akan jdi ketua keluarga dan akan lead keluarganya..so, perlu la ada disiplin..

ah, akhirnya selesai jugak aku buat bnde alah ni..punya la penat nk pk "21 things" yg dikehendaki..basically, itu la kot yg mmpu terfikir setakat ni..biasalah, manusia bknnya seorang yg perfect, mungkin takkan jmpa lelaki yg perfect..kalau ada, then itu adalah bonus..hehehe..aku penah dgr org ckp, (atau mungkin tebca kt mana2 artikel, majalah atau apa2 je..) "ketidaksempurnaan seseorang akan disempurnakan oleh kesempurnaan yg ada pada diri kita dan begitu juga sebaliknya" (itu ayat sndri yg tlh aku ringkaskan) seingat aku, mcm tu la mksdnya..(erk, paham ke bila baca ayat tuh?) huhu, mmg aku nih tak pndai nk xplain sumthing..ok,smbngn td..sbb tu la ada kata2 (atau org ckp atau mgkn pepatah) mengatakan bhwa, manusia itu saling melengkapi antara satu sama lain..begitula lebih kurang..

wah2, tetba pnjang plak bebelan aku pada malam ini..aku rasa, aku tak dpt nk tag org sbb aku tdk rmai kawan yg ada blog. tp kalau ada sesiapa terbaca, dan rasa nk buat juga, dipersilakan.. =)
oh, tetba aku rasa, aku nk tag Nik Nur Ayunni..hehe..boley kan yuni? kalau rajin, boley la tulis.. :) (aku tag ko sbb lam rmai2 kwn aku, ko je yg rjin update blog..) hehehe..

okla, insyaALLAH jmpa lagi lain kali..
JGN BERHENTI BERJUANG DAN BERJIHAD.. insyaALLAH
wassalam~