29
Jul
07

hujan yg turun….

hari ni hujan lebat la jugak..
tak silap aku, hari ni pertama kali aku rasa hujan selebat ni dan terkena pada waktu aku ada class..
wah, sgt susah! dgn ketiadaan payung dan hanya ‘berbungkus’ jaket belon yg berwarna putih itu, aku redah juga hujan utk ke kelas..
tahap kesejukan mmg melampau! ternyata baju sejuk itu tak mampu utk menahan diri dari kesejukan..dan hanya berjaya melindungi badan sebelah atas je daripada basah..
yg bahagian kaki, mmg basah ‘rentung’..(bkn setakat lencun! rentung ag!!) huhu..
kasut dickies yg dipakai pula mmg sudah dipenuhi air! kakiku sgt kebas kerana air yg bertakung sgt sejuk! (sama je mcm kena air kt umah disebabkan masalah kehabisan air panas..sgt seksa~)
sejuknya tidak terkata.. menggigil semasa dalam lecture hall..
dalam hati berkira-kira.."tidak mengapa, hujan rahmat!"

lepas habis lecture biochemistry, terpaksa pula meredah hujan yg semakin lebat utk ke burns theatre, utk lecture math yg seterusnya pulak..kali ni, selaur jeans yg dipakai sudah basah tahap maksimum! berat dgn takungan air!
isk! isk! redha je la..

selepas satu jam berada dlm lecture hall tu (belajar smbil menahan kesejukan!) kitorg terpaksa pulak bergegas utk berjumpa dgn landlord baru utk meng’usha’ rumah baru..redah hujan lagi! setiap kali pon aku rasa hujan bertambah lebat! aku tidak kisahkan kaki atau badan yg basah, yg aku risaukan buku2 dan nota yg ada dalam beg sekolah tu..takut basah, rosak lah buku dan nota2 aku..

selepas sume sudah setel, terus berlari pulang ke rumah..selepas selesai sembahyang dan makan, bukak beg sekolah…dan…………….. ternyata buku dan nota serta beberapa dokumen penting dalam beg sekolah aku basah! waaaaaaaa~ buku algebra aku juga rosak kerana terkena air hujan! isk isk isk…sedihnye~~~
habis rosak buku aku..ada kertas yg terkoyak juga disebabkan kena air hujan tu..
pelik juga sbb bahagian dalam beg itu kan sudah beralas dgn plastik yg kalis air..
huhu..mungkin sbb hujan tu lebat, jdi, air berjaya juga meresap ke dlm beg sekolah aku..dan telah berjaya merosakkan buku2 aku…isk isk isk~ sedeynye~~
terpaksa la keringkan dpn heater..tp sume buku dan nota da jd cacat! tidak kembali ke bentuk asal da..sabar je laaaaaaa~

pengajarannya, lain kali kalau hujan lebat, bungkus sume buku ngan plastik new world!! supaya tak basah! (kenapa plastik new world? sbb plastik tu je yg byk kt umah ni!) isk isk..sob sob sob…*muram sahaja…




0 Responses to “hujan yg turun….”


  1. No Comments

Leave a Reply