Author Archive for mieya00bubu

09
Oct

sayang-sayangku…

me is no longer here. i have a ‘new room’. not so new lah. dah lama pun.

walaupun saya tidak lagi menulis di sini, kenangan lama akan sentiasa kekal.

so, guys and girls…feel free to visit my ‘room’

http://miarazlan.blogspot.com

thanks!

amaran awal..blog saya bukan blog ilmiah. tidak berkaitan dengan dunia sains, politik, ekonomi dan lain2. saya hanya menulis apa yang saya rasa mahu tulis. saya juga bukan seorang blogger berkaliber. hanya sekadar suka-suka. harap anda memahaminya.

02
Oct

not here anymore.

hi all.

it’s been a long time since my last post here.

hmm… well, i wont be here anymore.

ok, now dah blank………………………………………………………………………

12
Dec

bloody hurt

have u ever sit queitly, alone..imagine of sumthin and keep thinkin bout the same thing all day? impulse in your brain just cant stop moving..walking, running, speeding..racing…and bla bla bla…hmm, when you read about something, your heart does really hurts? when you think of something..feel like your heart stop beatin?? feel like your tears are ready to explode?? huhh….but at last, just let it go..just let it flow..and you..just go with the flow..

have you feel so uneasy, so unpleasant..when..i dont knoe..maybe because sumone is judgin you for sumthin that you had done in the past few years, but at that time..actually..you didnt mean to do that? and it keeps hauntin you..it keeps come to you..even you dont want it to come and obsess your life..

human being…have so many sentiments in life..have their own judgment of something..and you..just cant control their mind to think or to feel..like you do..

and you just cant stop thinking….

?

30
Oct

sekembalinya saya

assalamualaikum semua..

sudah lama rasanya tidak mengupdate blog kat frenster ni. semacam malas pula. sungguh tidak terurus hidup ini. hak2. aku baru jeh abih menjalani peperiksaan semalam. (totally finished!) so, kiranya dalam kategori merdeka. tp aku tak rasa aku merdeka sepenuhnya. sebab, aku takot nak tunggu keputusan exam tu. tak tahu lah macam mana dgn keputusan yang bakal aku perolehi? (ini menunjukkan aku tidak yakin sepenuhnya dgn ape yang dah aku buat. kesalahan sendiri kerana study last minute. esp, utk second paper. oh Allah! takutnya aku nak tunggu result ni… oklah, caner pon, semuanya da lepas, aku hanya mampu berdoa, supaya semuanya ok.
amin~

yeah, semasa aku menulis blog ni, lagi 12 hari tinggal utk aku berangkat pulang ke Malaysia. ape perasaan aku? excited? yeah, sgt excited. tp dalam masa yang sama, takot.. kenapa? aku ada sebabnya kenapa aku takut. but insyaALLAH, everything will be fine. hehe. tak sabar nak jumpa semua org back in Malaysia. mereka tahu siapa mereka.

di sini, aku nak highlightkan, aku sgt2 nak jumpa kawan baik aku..siapa lagi, Afiqah ku sayang lah. gosh! miss her like hell! opss.. it’s not rindu smpai neraka. haha. tp sgt2 rindukan dia. dunno y. reason utama, dah lama tak habiskan masa bersama, kongsi2 cerita. alhamdulillah, setakat nih text n phone menjadi penghubung selain frenster. frenster limit sket, she’s so busy stdying, so frenster dia jarang2 bukak. sekarang ni, efi ada masalah. ape yg aku kesalkan is bcoz im not there with her. share her feelings. be with her. but so far, aku rasa, aku dah buat ape yang aku mampu buat as a bestfren. dlu ye la, macam2 masalah dah melanda, sebabkan satu perkara tu. tp sekarang alhamdulillah, sudah kembali macam biasa. tapi aku rasa, masih ada lagi rasa ‘kekok’ tuh. insyaALLAH aku akan cuba baiki lagi diri aku. becoz, i really want to be your bestfren. hey girl, i keep my promise since we’re in school. kita janji nak jadi kawan baik sampai bila2. n i’ll keep that promise! sampai mati. insyaALLAH sampai ke syurga. (tp mampukah aku jadi penghuni syurga? ntah lah. doa dan cuba berubah..insyaALLAH) amin~ masuk tahun ni, dah 8 tahun kita jd kawan baik. tolak lah masa ‘masalah’ melanda tu. haha. aku dah lupakan semua tu. n i really hope that, ko betul2 dah maafkan aku, sepenuhnya. =) sayang ko fi! (not that ‘love’ yang pelik2 tu ok!) hihi.

hey, utk kawan2 farisian yg lain, espc, batch 2004, bukan aku tanak jumpa korg. nak sgt2! kalau boleh, aku blk nanti, nak jumpa semua sekali! tp limited space kalau nak cerita kat sini. bcoz, byk kenangan manis aku ngan korg semua. farisian0004 memang super best! i love to be part of the members of batch 0004 =) peace!

aih, byk sungguh plan nak buat bila blk nanti, tp tak tau lah boleh ke tak. kita merancang, Allah yang tentukan. but my mom dah warning awal2 masa called bonda that day. bonda says, "BALIK NANTI JANGAN ASYIK NAK KELUAR MERAYAP!" oh my! habis tu? mcm mana nanti plan nk keluar ngan kawan2? hurm….. skill memujuk bonda tersayang akan ‘ditayangkan’ tak lama lagi. haha.

huh, cakap pasal nak balik, souvenirs tak beli lagi. adus..pening plak pk sume ni. tak pe lah, berhabis duit utk gembirakan hati semua org, ape salahnya. keluarga sendiri juga. money doesnt matter. yang penting, kepuasan. ok, i’ll continue later.

blog yang lagi satu pon lama da tak update. haha. ape la nak jadi.

ok guys! see ya!

wassalam

04
Aug

internet lambat!

salam semua…

huh..internet ini sangat menguji kesabaran aku..lambat NIAN!! sabar je la..nasib baik la aku menjaga mulut aku sekarang drpd berkata2 sesuatu yg tidak sepatutnye..(terasa seperti baik pula)

tiada cerita juga mahu disampaikan di sni..cuma td tertarik dgn entry baru amna..wah2..amna sudah menyukai pink! sgt bagos..pencapaian yg sgt memberangsangkan..tahniah utk amna..tidak lama lagi kta akan jd geng..hehe..

itu hanyalah intro….

sebenarnya……..ada perkara lain yg ingin disampaikan…hurm…..

aku rasa seperti ingin men’daftar’ blog baru sebagaimana kawan2 lain buat..tp, kemalasan melanda..lagi pula, aku sgt lemah tatabahasa dan tiada cerita menarik utk dikongsi bersama..hurm, walau bagaimanapun, akan ku fikirkan tentang ini..kemungkinan BESAR aku akan ‘melahirkan’ blog baru..’alamat’ atau link ke blog baru dirahsiakan utk sementara waktu..wahahaha..semacam ingin melahirkan seorg bayi baru pula..gulp~

eh2..aku perlu sambung membaca buku ini..aimi tidak boleh sama sekali menjadi seorang yg pemalas..kelak akan menyesal..sebelum terlambat, aku perlu berubah! warghh…doakan kejayaanku..amin~

29
Jul

hujan yg turun….

hari ni hujan lebat la jugak..
tak silap aku, hari ni pertama kali aku rasa hujan selebat ni dan terkena pada waktu aku ada class..
wah, sgt susah! dgn ketiadaan payung dan hanya ‘berbungkus’ jaket belon yg berwarna putih itu, aku redah juga hujan utk ke kelas..
tahap kesejukan mmg melampau! ternyata baju sejuk itu tak mampu utk menahan diri dari kesejukan..dan hanya berjaya melindungi badan sebelah atas je daripada basah..
yg bahagian kaki, mmg basah ‘rentung’..(bkn setakat lencun! rentung ag!!) huhu..
kasut dickies yg dipakai pula mmg sudah dipenuhi air! kakiku sgt kebas kerana air yg bertakung sgt sejuk! (sama je mcm kena air kt umah disebabkan masalah kehabisan air panas..sgt seksa~)
sejuknya tidak terkata.. menggigil semasa dalam lecture hall..
dalam hati berkira-kira.."tidak mengapa, hujan rahmat!"

lepas habis lecture biochemistry, terpaksa pula meredah hujan yg semakin lebat utk ke burns theatre, utk lecture math yg seterusnya pulak..kali ni, selaur jeans yg dipakai sudah basah tahap maksimum! berat dgn takungan air!
isk! isk! redha je la..

selepas satu jam berada dlm lecture hall tu (belajar smbil menahan kesejukan!) kitorg terpaksa pulak bergegas utk berjumpa dgn landlord baru utk meng’usha’ rumah baru..redah hujan lagi! setiap kali pon aku rasa hujan bertambah lebat! aku tidak kisahkan kaki atau badan yg basah, yg aku risaukan buku2 dan nota yg ada dalam beg sekolah tu..takut basah, rosak lah buku dan nota2 aku..

selepas sume sudah setel, terus berlari pulang ke rumah..selepas selesai sembahyang dan makan, bukak beg sekolah…dan…………….. ternyata buku dan nota serta beberapa dokumen penting dalam beg sekolah aku basah! waaaaaaaa~ buku algebra aku juga rosak kerana terkena air hujan! isk isk isk…sedihnye~~~
habis rosak buku aku..ada kertas yg terkoyak juga disebabkan kena air hujan tu..
pelik juga sbb bahagian dalam beg itu kan sudah beralas dgn plastik yg kalis air..
huhu..mungkin sbb hujan tu lebat, jdi, air berjaya juga meresap ke dlm beg sekolah aku..dan telah berjaya merosakkan buku2 aku…isk isk isk~ sedeynye~~
terpaksa la keringkan dpn heater..tp sume buku dan nota da jd cacat! tidak kembali ke bentuk asal da..sabar je laaaaaaa~

pengajarannya, lain kali kalau hujan lebat, bungkus sume buku ngan plastik new world!! supaya tak basah! (kenapa plastik new world? sbb plastik tu je yg byk kt umah ni!) isk isk..sob sob sob…*muram sahaja…

20
Jul

:: 21 Qualities needed ::

Assalamualaikum semua..

alhamdulillah, hidup lg aku sampai hari ni..syukur kpd Allah atas kurniaan nikmat yg diberi.. (ceh, tetba mcm alim plak..haha..) tp tak salah kan kalau ingat pada Allah dan syukur atas kurniaan nikmat drpd-Nya..

rasanya mcm da lama sgt tak sentuh blog nih, sgt lama tak meng’update’ blog ini..sbb utamanya, tiada cerita yg menarik utk dikongsi..tp rasanya, setiap hari pon menarik..(wahaha, tak ley blah! pdhal setiap hari rutin yg sama!)…err, panjang plak mukaddimah nyer…

erk, sebenarnya, td saudari mimiko ada message aku ckp yg dia telah tagged aku kt dia nyer blog, dan sebagai pemenang bertuah, aku pon tlh dipilih! hahaha..begitulah nampaknya..

al-kisahnya begini,

"These are 21 things that I want in a lover
Not necessarily needs but qualities that I prefer
I figure I can describe it since I have a choice in the matter
These are 21 things I choose to choose in a lover"

itulah sebahagian lirik lagu 21 Things I Want In a Lover by Alanis Morrissette
21 ciri yg dikehendaki in a lover..here we goes

(1) Seorang Islam yg beriman (mcm mimiko pnya jugak)..
(2) Punya pegangan agama yg kukuh dan luas juga supaya dpt bimbing aku esok2..
(3) Hormat dan sayangkan keluarga dia sendiri..
(4) Hormat dan sayangkan keluarga aku..
(5) Mempunyai fikiran yang matang..
(6) Mementingkan keluarga drpd hal-hal lain..
(7) Obviously kena la tinggi drpd aku sbb aku seorg yg tinggi..
(8) Bekerjaya tetap, means berpendapatan tetap la..(bkn mata duitan, tp bukankah hidup sekarang byk perlukan duit…)
(9) Seorang yg kelakar dan peramah..serta baik hati..dan hormatkan org lain..
(10) Mempunyai paras rupa yg sedap mata memandang kata org..(sbb nnti hari2 nak mengadap muka yg sama..haha)
(11) Gentleman.. (ade ke pompuan yg tak suka laki yg gentleman?) hahaha
(12) Penyabar, perlu mempunyai tahap kesabaran yg tinggi..maksudnya juga, bkn seorang yg pemarah la..oh, dan penyayang.. (sgt penting ni!)
(13) Tidak kedekut ( hurm..penting jugak yg ni pon..)
(14) Seorang yg rajin buat keja rumah jugak..pndai masak pon ok! haha..
(15) Berani dan tegas dlm sume hal..tegas dgn aku jugak..(tp tanak yg cpt marah2 sbb aku takot kalau org marah!)..haha
(16) Honest and loyal..(nih pon penting jugak..sgt penting jgk)
(17) Berpengetahuan luas..dan berfikiran terbuka, tp masih menitik beratkan hal-hal yg sensitif..cthnya spt hal2 bekaitan agama dan lain2 yg pntg laa..
(18) Seorg yg bersederhana dlm semua hal..
(19) Sayangkan aku, menghargai aku dan menghormati aku..
(20) Tidak terlalu mengongkong hidup aku..
(21) Berdisiplin tinggi..bcoz lelaki kan akan jdi ketua keluarga dan akan lead keluarganya..so, perlu la ada disiplin..

ah, akhirnya selesai jugak aku buat bnde alah ni..punya la penat nk pk "21 things" yg dikehendaki..basically, itu la kot yg mmpu terfikir setakat ni..biasalah, manusia bknnya seorang yg perfect, mungkin takkan jmpa lelaki yg perfect..kalau ada, then itu adalah bonus..hehehe..aku penah dgr org ckp, (atau mungkin tebca kt mana2 artikel, majalah atau apa2 je..) "ketidaksempurnaan seseorang akan disempurnakan oleh kesempurnaan yg ada pada diri kita dan begitu juga sebaliknya" (itu ayat sndri yg tlh aku ringkaskan) seingat aku, mcm tu la mksdnya..(erk, paham ke bila baca ayat tuh?) huhu, mmg aku nih tak pndai nk xplain sumthing..ok,smbngn td..sbb tu la ada kata2 (atau org ckp atau mgkn pepatah) mengatakan bhwa, manusia itu saling melengkapi antara satu sama lain..begitula lebih kurang..

wah2, tetba pnjang plak bebelan aku pada malam ini..aku rasa, aku tak dpt nk tag org sbb aku tdk rmai kawan yg ada blog. tp kalau ada sesiapa terbaca, dan rasa nk buat juga, dipersilakan.. =)
oh, tetba aku rasa, aku nk tag Nik Nur Ayunni..hehe..boley kan yuni? kalau rajin, boley la tulis.. :) (aku tag ko sbb lam rmai2 kwn aku, ko je yg rjin update blog..) hehehe..

okla, insyaALLAH jmpa lagi lain kali..
JGN BERHENTI BERJUANG DAN BERJIHAD.. insyaALLAH
wassalam~

27
Jun

20 tahun kemudian…

dear all..

selamat hari lahir buat diri sendiri..
alhamdulillah..genap dah umur 20 thn..da masuk angka puluhan da..
wah, sgt cepat masa berlalu…

terima kasih kat piranha sekalian atas sambutan yg dibuat, walaupon planning sumenya dibuat depan aku sndri..hehe..cuma plg suprise ialah aku dpt birthday present dari korg..tak expect lgsg piranha akan bg hadiah..kalau aku, cukup la ngan cheese cake yg hunny buatkan (cake tuh pon buat dpn aku jugak…) and also wishes yg diterima, dan juga makan2 kt luar tu ngan kawan2 yg lain..sempoi dan best! hehe..thanks a lot korg sume..sayang korang..muah muah..

terima kasih jugak kpd kawan2 yg wish utk birthday aku..korang pnya wish tu sgt2 dihargai..terima kasih byk2..
sebenarnya mcm byk yg nk dicakapkan..tp tetba plak jd blurr dan hilang idea..mungkin akan bersambung lain kali…

terima kasih byk2 rakan2 sekalian…

22
Jun

kehilangan

semalam, iaitu 21 jun 2007,
seorg pelajar malaysia telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Wanaka.
sekali lagi kesedihan melanda kerana kehilangan seorang lagi rakan pada usia yg muda.
mati itu pasti, cuma masa sahaja tidak di ketahui.
takziah buat keluarga mendiang Veronica Tan May Lee.
tabahlah utk hadapi hari-hari seterusnya.

21
Jun

tagged

assalamualaikum semua..

aku sebenarnya telah di’tagged‘ oleh wawa beberapa minggu yg lalu..(minggu ke?) tak kesah la, janji da agak lma la jugak wawa tagged aku..disebabkan oleh exam, aku buat keputusan utk tangguh dlu buat sementara waktu sbb study utk exam tu lebih penting, walaupun tak byk sgt usaha yg aku da buat..walau apapun, aku dah usaha sekadar termampu, hanya Allah yg dpat bantu aku lpas nih..

Rules & Regulations
Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them a comment letting them know you tagged them and to read their blog.

btw, i prefet to write my 6 weird things in BAHASA MELAYU, as im not really good in english..hehehehehe…

KEPELIKAN 1

Aku sgt sukar utk membuat keputusan. aku lebih suka ikut apa yg org ckp daripada aku buat keputusan sendiri. sekiranya aku tidak begitu bersetuju dgn rakan2 atau sesiapa shj yg berkaitan, barulah aku akan bersuara. jika tidak aku lebih cenderung utk menurut sahaja apa yg dikatakan atau keputusan yg dibuat. mungkin kerana ’sukar membuat keputusan’ adalah menjadi salah satu sbb aku ni tidak dianggap cerewet. aku sedar ‘kepelikan’ ini kadang2 boleh memberi kesan kepada diri sendiri, contohnya buat keputusan utk masa depan sendiri, juga aku lebih suka abah atau ummi sahaja yg ‘tolong’ aku buat keputusan, tapi itulah hakikatnya. sgt sukar utk membuat keputusan dan agak sukar juga utk ‘membaiki’ sikap ini.

KEPELIKAN 2

Aku tidak suka belajar di meja belajar yg disediakan. kepelikan ini bermula semasa di KDU (kalau tidak silap aku). semasa di KDU, aku lebih suka belajar atas katil, dan banyak menghabiskan waktu belajar (dan waktu tidur juga) atas katil. buku2 sekolah atau buku2 ulangkaji, semua aku letakkan atas katil. dan buat masa sekarang, dalam bilik aku di rumah keluarga piranha yg beralamat 782 Great King St, aku lebih suka belajar dgn hanya duduk di lantai (yg di alas dgn ‘carpet’ nipis) bersebelahan dgn katil dan bertemankan lappie dan heater di sisi. salah satu sebab aku tidak suka belajar di meja belajar kerana pencahayaan yg tidak memuaskan dan tidak suka duduk di kerusi dalam waktu yg lama.

KEPELIKAN 3

Aku boleh makan makanan yg sama sahaja dlm tempoh yg lama tanpa rasa jemu. contohnya aku boleh makan ‘cereal’ yg sama dgn susu yg sama dalam tempoh beberapa bulan (dan setakat ini sudah 3 bulan aku makan cereal yg sama dgn susu yg sama). selain cereal, aku juga boleh makan nasi dgn berlaukkan sama juga dalam tempoh yg lama. ini kerana, aku tidak yakin utk membeli makanan baru kerana takut tidak sesuai dgn selera aku. aku tidak akan bosan sehinggalah keinginan utk mencuba makanan lain datang gn sendirinya. (hairan..kalau dgn lelaki, cepat je aku jd bosan! tp itu dlu mungkin, sekarang tidak lagi..kot?) hahaha

KEPELIKAN 4

Aku sebenarnya tidak mudah terasa dgn org sekeliling, tetapi apabila berhadapan dgn mereka yg disayangi dan yg menjadi kesayangan, aku lebih sensitif dan cepat juga tersinggung. (dan aku juga rasa ramai yg mempunyai sikap sebegini). apabila berhadapan dgn rakan2 atau org luar, aku menjadi seorang yg boleh dikatakan ‘hati kering’ (mungkin tdk sesuai digunakan utk aku, tp perkataan itu sahaja yg terlintas di fikiran sekarang). sekiranya aku terasa, aku cepat utk ’sejuk’. aku tidak suka memanjangkan sesuatu perkara. senang cerita, emosi aku cpt berubah. sekiranya pagi aku marah atau berdiam diri, pada waktu tengah hari, aku boleh menjadi seorang yg sgt byk bercakap seperti tiada apa2 yg berlaku pada waktu pagi.

KEPELIKAN 5

Ramai yg mengatakan aku seorang yg garang dan sombong berdasarkan nilaian yg dibuat dgn hanya melihat rupa, wajah, atau muka aku tanpa mengenali diri aku yg sebenarnya. dan mereka yg sudah mengenali aku pula, (tetapi belum memahami aku) sekiranya aku diam, ramai yg menegur aku bertanyakan bahawa adakah aku dlm keadaan baik, atau berada dlm ‘mood’ yg tidak baik? kadang2 hal ini menyusahkan aku sendiri kerana penat utk menerangkan kepada mereka bahawa aku sebenarnya ok.

KEPELIKAN 6

Aku tidak begitu suka sekiranya ada yg begitu mengambil berat tentang aku. sikap ini sudah ada dalam diri aku sejak….kecil lagi barangkali. aku sgt tidak gemar apabila sesetgh org sgt2 mengambil berat tentang aku. dgn kata lain, aku akan merasakan bhw seseorg itu hanya ‘busybody’ sedangkan niat seseorg itu adalah murni. (teruk juga perangai ni). sekiranya ada yg bertanya adakah aku ‘ok’ atau ‘tidak ok’, dan aku menjawab aku ‘ok’, aku sgt mengharapkan seseorg itu berhenti bertanya kerana apabila seseorg itu terus bertanya, ini hanya menyebabkan aku cepat menjadi tidak suka atau bahasa kasarnya ‘menyampah’. dan hal ini juga di aplikasikan ketika ada org bertanya tentang sesuatu yg aku lebih suka rahsiakan.
mungkin kerana sikap aku ini, aku juga tidak gemar bertanya rakan2 tentang hal mereka, sekiranya mereka tidak mahu bercerita sehingga mereka sendiri mahu bercerita. (wah, terukkah sikap ini?)

Tamat kisah kepelikan.

aku tidak kisah apa pun pandangan org tentang kepelikan yg ada dalam diri aku asalkan aku bahagia. tetapi aku menerima dgn hati dan fikiran yg terbuka sekiranya ada yg menegur aku kerana tidak suka dgn sikap aku ini.

sebenarnya aku tak ramai kawan yg ada blog dan selalu tulis blog. aku mahu tag kepada 6 org rakan yg mempunyai blog dan mungkin agak aktif memulis blog. mereka ialah:

1. ayunni (ya, kamu MESTI tulis! hehe)
2. yorke (boleh ke kamu tulis? sekiranya tidak mahu, terpulang)
3. in0uie (kamu, tulis laa..boley? hahaha)
4. azuan (kalau rajin, tulis la…ok?)
5. huda (kalau kamu rajin, tulis la..)
6. tiya (kalau kelapangan, dan rasa rajin, boley la tulis)

buat kawan2 yg aku tag tuh, tidak semestinya kena tulis, cuma, kalau rajin dan ada kelapangan, boley la tulis..ye..tiada paksaan dalam semua perkara..

wallahu a’lam…